Sunday, October 9, 2011

Aku ada misi

Tanggal 11 february 2011 adalah tarikh dimana aku melamar #dearfuturewife aku menjadi teman wanita aku.

Teman wanita disini bukanlah bermaksud hanya teman, yang dimaksudkan adalah teman hidup didunia dan akhirat. Lagi 2 hari genap aku dan dia sebagai kekasih selama 8 bulan dan aku ada misi.

Misi yang boleh mengubah hidup aku dan dia, ada orang kata kat dunia ni ada 3 perkara yang kita akan lalui.

Permulaan - Dimana kita dilahirkan didunia ini, air mata ibu bapa gembira menyambut.
Perkahwinan - Ia juga seperti waktu kemuncak bagi kita, setelah menemui teman hidup kita dunia akhirat.
Kematian - Adalah waktu kita ditanam, meninggalkan dunia sementara dan ke akhirat kelak.

Insyaallah awal tahun depan kami akan bertunang, ini perancangan kami. Dengan izin Allah SWT akhir tahun depan pula nikah.

Setiap orang perlu ada misi kerana misi ini la yang membawa kita ke mana kita mahu pergi.

NotaWiraBumi : Musim konvo aku pulak busy.. -,-

Wassalam..

Post via - Blogger for iPhone

8 comments:

Sufinah Yussof (SY) said...

wah! tahniah~

Huda Luna said...

hehe ^___^ capaikan misi kite

CikYana(",) said...

tahniah :)

kech hidayah said...

wahhh tahniah!! semoga misi korang berjaya dan diredhai Allah..amin...jangan lupa jemput kitrang di hari bahagia korang hokeyyy!! heheehhe

Hana Lockheart said...

wah.. tahniah. sweet. semoga bahagia walau gaduh2 jugak kasar2.. hehe.

apik pehe said...

wowwww...sejak biler ko jiwang ni ipin?

ain dzaya said...

hope u long lasting dengan dia yg tersayang..

capaikan misi u yep =)

Prince of Noob said...

semoga berbahagia dgn future wife... done follow - Noob...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...